Selamat kembali..sekali lagi pada malam ini aku akan tidur dalam keadaan kekenyangan. Dengan keadaan stomach yang penuh dengan isi terdiri dari pepejal dan cairan. Hanya meninggalkan sedikit saja lagi ruang spare.
Emm..mane taknya. Malam ni je aku telah berada di dua program yang berbeza, pada waktu yang berbeza, makanan yang berbeza tapi VIP yang hampir sama. Haa..Pelik kan..?
Majlis Bacaan Yasin Dan Solat Hajat Sempena Ulang Tahun KemerdekaanYe ke tak program punya nama macam ni aku tak sure sangat. Tapi rasanya dah lebih kurang la.
Program anjuran Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir (BKPJM) dan Pejabat Pegawai Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir yang bertempat di Rumah Johor Rabaah. Dalam iklan tulis start pukul 5 petang. Tapi aku sampai pukul 5.25, naik atas terus ke dewan, tiba-tiba je aku rasa macam aku orang first sampai. Kosong lagi laa..

Antara yang hadir
Program start lebih kurang jam 5.50 petang. Bermula dengan bacaan Yasin dan tahlil. Slow je rasa majlis. Maybe sebab buku kecil Surah Yasin yang selalu digunakan tak diedarkan. Masing-masing baca perlahan je la. Baca kuat nanti kalau salah segan pulak..hahaha..Aku agak je ni..
Sekali makin lama makin meriah la rasa program ni. Meriah sebab apa? Sebab ramai orang yang datang. Ada tetamu dari Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, dari Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, Presiden dan Ahli Badan Pengurus Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir pon ader, Pegawai-Pegawai Kebajikan Anak Negeri, YDP BKAN dan ahli-ahli BKPJM sendiri..
ezoegypt ader,
typeace ader,
alzinki ader tapi
muthaqqaf takder..haha..ramai betul laa..memang harmoni majlis..bak kata iklan astro, semua adaaa...
Then, after iftar and buka puasa..aii..sama la tu kan..emm..lepas solat Maghrib, belum makan besar lagi. Ada solat sunat hajat dulu. Sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia kali ke 52..Time doa pulak ade sebut nama Sultan Johor daa..Sekali dengan sultanah. Dah rasa can masa solat Jumaat kat masjid kampung aku dekat Mersing..
Haa...dah habis solat hajat baru la makan besar. Beras basmati daa..Ada ikan. Ada ayam. Meriah la jugak. Tapi kat tempat VIP lagi meriah. Ada biri-biri panggang. Of course la tempat VIP kan..

Segmen bersama perut
Akhirnya,lepas makan semua pun bersurai la. Tinggal la beberapa kerat yang terus berada di sana, solat Isya dan terawih..And lepas terawih..Jeng jeng jeng..MOREH..!!haha..biri-biri panggang..
Rasanya lepas ni, program camni boleh jadi acara tahunan kot. Bukan apa, makan tu memang la..tapi program macam ni meriah sangat-sangat la. Semua orang ada..Harmoni je rasa. Lagi pon program makan-makan macam ni macam lagi senang je nak dapat peruntukan pegawai..kehkehkeh..
SAMBUTAN ULANG TAHUN KEMERDEKAAN DI ARMA
Lepas layan moreh, Basir mintak pergi ARMA.Ada sambutan ulang tahun kemerdekaan. Anjuran kedutaan kot. cess..Baru ingat nak layan tido. Tapi memandangkan permintaan ahli bait tersayang, aku postpone dulu niat untuk memanjakan mata. Pergi la ARMA sekejap..
Sampai kat ARMA masa tu ada ucapan. Siapa yang bagi aku tak perasan pulak. Nak buat macam mana..bukan ada mood sangat nak dengar-dengar orang berceramah time perut tengah penuh..ye tak?
Lepas tu, ada acara bersajak. Habis sajak ader orang bersilat-silat..Habis silat pulak orang jemput makan. Makan kueh je..
Dekat-dekat pukul 12, ada nyanyi-nyanyi jap. Lagu Jalur Gemilang, lagu Tanggal 31, lagu '1 Malaysia' pun ada...Lepas tu adalah laungan kemerdekaan sebanyak 7 kali...Lepas tu pulak aku pun balik..Mana boley tahan. Mata dah nak pejam. Tapi bila dah sampai rumah tiba-tiba cam segar plak..Tak tau la sebab pe..
Cuma..a'ah..aku takder pulak meng'amin'kan doa masa kat sana..Tak tau la samada memang takde doa atau pun aku sendiri yang miss...entah la..Yang penting VIP majlis ni masih orang yang sama macam majlis aku mula-mula tadi. Baju pun sama. Sampin pun sama. Tu la yang aku cakap mula-mula tadi..Malam ni aku berada di dua majlis berbeza tapi dengan VIP yang sama..hehe...
Pape hal pon, macam mana la agaknya suasana sambutan kemerdekaan kat Malaysia skang ni ek..?Lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ni..Teringat pulak pengalaman malam merdeka dua tahun lepas.Haa..kalau nak tau klik
di sini..
Tak tau la kalau time-time Ramadhan macam ni masih lagi berlaku perkara-perkara macam dalam pepatah bukan Melayu, "Tamat acara 'countdown', mulalah acara 'condom'"...Na'uzubillah..